Hello and Assalamualaikum =] Welcome to my blog :] This blog best viewed with Google Chrome 17.0. Wassalam

Monday, May 30, 2011

Di Hari Ulangtahun Kelahiran Ku!


Assalamualaikum,..


Hari ni adalah hari yang ak agak tertunggu2 juga! hehe.. ye la siape yg tak gembira bila menjelang hari kelahiran. Pada tahun ini, ak ingin mengingat kan diri ku sendiri, supaya menjadi seorang insan yang tidak mudah berputus asa. Jangan mudah meletakkan diri ditempat yang terbawah sekali. Kerana kita yang TELAH LAHIR DIDUNIA INI semuanya adalah INSAN yang bertuah, dan tiada insan yg suea!..Dalam kehidupan mesti ad corak, jika kehidupan kita ini tiada corak, hidup kita akan sepi, dan bosan. First of all, I want na wish me luck 4 everything i'm trying to do!, tidak kesah la, sama ad segala urusan ku menyebelahi ku atau sebaliknya. Kerna Semua itu lumrah untuk mengecap kejayaan.

Hidup mesti diteruskan, jika kita kalah dengan corak kehidupan. Hilang lah segala impian. Setiap ucapan sangatlah mudah diungkapkan. Tetapi bila diri kita hadapi cabaran itu, mungkin juga tidak tertanggung. Mungkin boleh makan dalam.. Lose juga dibuatnya.

Hajat aku, pada kengkawan FB dan siapa saja aku yg wish best befday to me! aku nk doa kan diaorng yang terbaek daripada apa yg dorng dapat. Serta segala ucapan yang terungkap dr mereka terpantul semula pada diri mereka. Sesugguhnya, memberi lebih baek daripada menerima.AMIN!!..

YaAllah Permudahkan lah segala urusan MEREKA, Jauhilah MEREKA daripada syaitan yg direjam. Bangkitkan semangat MEREKA untuk memajukan diri. Buangkan lah segala sifat2 ego, takbur dan bongkak selagi MEREKA di dunia ini. AMIN~~

Apa pun biasanya ucapan HB dikalangan msyrkt MUSLIM diiringi dengan doa. Doakan rakan adalah satu amalan yg mulia. NABI sndri hingga ke saat ajalnya, masih teringat dan mendoakan umatnya. Allah akan memaqbulkan doa kite untk rkn, dengan cara mengurniakan doa tersebut kepada kita sebagai yg brdoa terlebih dahulu sblm dikurniakan kepd yg didoakan. :)

"" Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasih-Mu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hamba-Mu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat pada-Mu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merindui-Mu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan Kaabah-Mu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hamba-Mu ini... pimpinlah hati hamba-Mu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada tali-Mu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbal Alamin ""

1 comments:

nyda rosenin said...

happy birthday babyyyy ;p