Hello and Assalamualaikum =] Welcome to my blog :] This blog best viewed with Google Chrome 17.0. Wassalam

Sunday, January 30, 2011

Kami & Doa selamat untuk Nenda tercinta :|

Assalamualaikum,

Semalam majlis doa selamat untuk allahyarhamah nenda yaang trcinta. Selepas lepas makan, kami pergi menziarahi makan nenda. Walaupon dah hampir 3 bulan pemergian nenda. kami masih terasa seperti dia ad lagi. bukan tak nak terima kenyataan. tapi, aku dan sepupu2 yang rapat dengan wan, masih terasa kehadiran wan. :( kadang2 bila nak balik kampung je. rase sedih. Bila jejak je kaki kat pintu pagar tu, asik tebayangkan wan dekat depan pintu. sebaknye dengan pemergian wan. kami sayang wan!! :(

to be continue..abang apis kacauu!! :P

Sunday, January 23, 2011

Tidak Ku Sangka [Part II]

Assalamualaikum,


Ape khabar semua, tadi aku ad kelas memandu lagi. Cik Rashad, sampai2 je da duduk kat sit sebelah.. Meremang aku nengok. hohoho..nak tanak..buat je lah..Alhamdulillah, mule2 cam gelabah sikit. Pas tu lame OK dah. Ada improvment la orang kate.. Sepanjang pembelajaran aku td, aku drive ke jalan 1 dan jalan 3. Sume jalan tu banyak trafic light. So, aku kene banyak berhenti. Aku kene biasakan. Sebab aku lemah tang gear satu. Td, dah 3 kali lau ta silap aku, termati enjin, sekali tu kene hon nan keter belakang..hahah..tp aku buat bodoh jew..hohoho..suke ati aku la an..hahahah..jalan aku!! :P.

Kelas aku mula jam 2PM until 4PM. Selama dua jam tu, berpeluh2 aku kat dalam kereta. Acik tu, geram kat aku sbb aku suke lengah2 kan arahan dr dia..hahhaha..degil tul aku nih...sebab tu asik mati je krta tu..hahha..lepas tu aku ikut je bile dia kate cam tu..aku buat...bile dia kate cam ni..aku pon buat la cam nih..heheh..everything ok today :)

Lokasi: Wisma Instrak, 5PM :)

Saturday, January 22, 2011

Tidak ku Sangka! :) [Part 1]


Assalamualaikum,

Hari ni aku nk cerita sikit dengan excitednye..hehe...benda ni sangat menarik bagi aku, tapi tak menarik kat korang yang dah pandai..heheh...

22hb januari 2011, first day aku ke kelas driving ;) suasana yang tak dapat aku gambarkan, tapi hari ni kawan sekolah aku kawin (selamat pengantin baru azura adam! ;) semoga berbahagia hingga ke akhir hayat), sedeh nye ta dapat pegi..hurmm;( . tak ape lah, kelas aku mula kol 2PM until 5PM, Aku diajar oleh Acik Rashad. First aku belajar ape yang patut aku buat, Cik Rashad pon cerita lah satu persatu. tapi dalam kepala aku, fikirkan pedel ape yang aku kene pijak jap lagi. mane brek, mana gear, n mane satu minyak..Aku belajar memang dari zero..tak tahu ape2. tapi nasib la aku PANDAI...hahahhaha...selamat...Masa aku nak terlajak tadi, tetibe injen mati, beteri ok je..uuohh, rupenye temprature naik ;P, everything fine ;)


Mula2, aku pusing2 dalam litar kat InMaju. lepas tu Cik Rashad suruh aku drive dekat jalan luar...aku keluar je dr InMaju cuak aku tengok kenderaan kiri kanan, besar2 pulak tuh...da lah banyak lori. biasalah kawasan kilangkan. aku pon drive la dengan fokus...dua kali pusing jalan tu. tup tap2 aku belajar mase pun da tyme, tyme tuk aku balik. Dengan selambe nya Acik tu kate "blik ko drive ok", yang aku pulak, "Acik bia betul.. confident betul dengan kelebihan aku nih, hahah". Dia kate "ko nk ke, ta nk ke.. ko kene jugak..lau takut jgn amek lesen". Tetelan air liur aku hhahaha...aku pon bawak je la. Perghhh!! da la weekend, banyak kereta kat jalan nih, hadoi, aku da cuak giler, hampir aku telupe ape yg di ajar td. nak break, tertekan minyak..giler ko..tp, nasib la aku sedar.."hadoi!%&$^&%*&" . Penik aku sekejap..heheh. Tp, Alhamdulillah selamat juga sampai ;)) happy nyerr!!!

hohoho...

lokasi: wisma instrak, 7PM ;P

Tuesday, January 18, 2011

15hb Muka Aku di BERITA HARIAN (^.^)"


Assalamualaikum..hehe..terima kasih kepada instrak :).

Aku rase SDSI tu da lame berlangsung, tahun lepas lg ceritanye. tapi tahun ni baru keluar paper. Tak sangka gambar aku repotr tu letak. untuk pengetahuan korng aku dalam pic ni bukan belakon eh, its real ok , kebetulan aku dok explain dia shoot pulak. Yang kesiannye kwn2 aku yg laen puas pose, tp picture ni je dia masukkan dalam berita harian ni..huhu jgn mara ye ;P

Hari-hari kita bekerja, Waktu bekerja hari-hari. If hari-hari aku masuk pepar, Lepas ni TAK de lah nak heran lagi...hahah..aku yang sedikit perasan :P

Sebelum aku tutup cerita ni, aku nk ucapkan tahniah kepada team MY1OS / FIMOS dan selamat maju jaya. Dan kepada team MPS juga, selamat bertugas dengan SeMaNgAt dan HaPpY AlWaYsss. n the last think, selamat belajar kepada alya [bergumbiralah kamu di jengke] ;P hehe

location picture: SDSI, MITC, Meleka :)

Perjalanan Ku This Weekend..

Perjalanan Aku Minggu ni Bermula di Seremban - KL Cntrl - Masji Jamek - Sentol Timur. Sedikit penat la, sebab jumaat ri tu aku blik keje kol 8malam. lepas tu gerak ke rumah sepupu aku sebab, kat umah da ta de orng dah. semua berpusu2 balik..Awal2 pagi jumaat lagi aku da gerak ke KTM :) dengan penuh semangat kot..hahah :)

Sempena hari jumaat 14hb, merupakan hari keputeraan Negeri Sembilan aku dapt cutii..hehehe. Ni aku ad sedikit photo nak di kongsikan semasa perjalanan aku tadi..Tengah sibuk2 berasak, sempat lg nk snap pic nih.. Tp sikit je..heheh

Suasana di Luar Masjid Jamek Semasa Hari Jumaat


KL Central


Ok lah aku pon dah mengantuk, mate aku pon da saket nengok skrin nih. tyme tuk aku beradu..heheh, sok lau lapang aku update lagi, trip aku lepas nih. insyaAllah aku nk p jumpa dengan Ain Masri di masjid jamek :)

location: Sentol Timur at 0:13AM 14hb


SOGO ada sale!!! mcm ni kat dalam, fuhhh sape tahan, hantu shopping je yang mampu menahan hohoho..

So, dengan kesesakan lalulintas yang agak sukar dikawal kami makan je. Shopping di kedai lain. Destinasi seterusnya, kami berjalan kaki ke jalan tarrrrr, masjid india. Actually, kami shopping untuk sepersalinan baju yang akan dipakai oleh keluarga Bibik pada hari persandingan anak sulung nye, Zulhelmi Jauhari namanya.. Tema yang di pilih warna biruuu. huhu...susah juga nak cr warna biru yang berkenan di hati..:). Ni la rupe dorng bile keluar dari sogo, hahhaha..azwan tah mane tak keluar lg dr sogo tuh...


Location: LRT from Bandaraya to Sentul Timur


Fiting room wif Nain ;)

Location: Masjid India..,



Saturday, January 8, 2011

Pinjam Petikan Ni Untuk Share Pada Semua Kawan-Kawan :)

Akhir Kalam

Salam alaik,

""Cerita dari The Star Online, mengenai seorang perompak yang mati tercucuk besi setelah dikejar mangsa. Dulu mungkin kita pernah terbaca seorang tua berumur 70 tahun mati di sisi pondan, orang pencen mati di samping pelacur, peragut mati terlanggar divider, penagih mati overdose dan accident di dalam keadaan mabuk. Banyak lagi berita insiden buruk seperti ini.""

Betapa ruginya manusia seperti ini yang perbuatan terakhirnya di mukabumi ini adalah perbuatan jahat. Tak sempat mengucap. Biasanya orang yang selalu melakukan kejahatan juga susah jugak untuk mengucap sebab tak biasa. Keluarga yang ditinggalkan juga malu berpanjangan. Mati di dalam keadaan jahat adalah amat celaka sekali untuk diri sendiri dan kerabat yang ditinggalkan. Sudah tentu kita tak mahu keadaan ini.

Memang kita tak tahu bila, mana dan bagaimana kita akan menghembus nafas terakhir kita. Ia telah tertulis dalam Luh Mahfuz dan kita tidak dapat download untuk membacanya melalui internet. Cuma yang ada ialah ringkasan dan indikasi dalam Al-Quran bahawa Baik di Balas Baik dan Jahat di Balas Jahat.

Tapi selagi kita masih hidup, kita di-izinkan untuk memilih dan mengharap untuk mati dalam kebaikan. Jika itu yang kita mahu.

Siapa yang memilih dan ingin untuk mati dalam kebaikan, selalunya memilih amalan yang berikut:
1. Menjaga Solat 5 Waktu
2. Berpuasa Fardhu dan Sunat
3. Selalu menunaikan Solat Sunat
4. Suka membaca Al-Qoran
5. Suka berzikir dengan Nama Allah
6. Suka bersedekah dan berzakat
7. Suka membantu kerana Allah
8. Suka mendengar nasihat
9. Menjauhi larangan Allah, Bid’ah dan Syubhat

Kalau taqdirnya setelah memilih untuk mati dalam kebaikan, kita mati dalam kebaikan Alhamdulillah, kita selamat. Jika tidak mati dalam suasana kebaikanpun, Alhamdulillah kita redha. Kita hanya perlu menanti Timbangan Mizan untuk mengukur kebaikan dan menarik Syafaat Rasul untuk keselamatan. Sebabnya, kita dah lakukan apa yang diperintah.

Kebarangkalian Tetap Ada

Kebarangkalian untuk mati dalam kebaikan lebih tinggi lagi untuk orang yang suka kepada kebaikan.

Dan kebarangkalian untuk mati dalam kejahatan lebih tinggi lagi untuk orang yang suka melakukan kejahatan.

Allah Maha Adil … kita semuapun tahu samada ambil tahu atau buat tak tahu. Takkanlah jahat dibalas baik dan baik dibalas jahat ..kan.

Dan Allah Maha Mengetahui ….. dalam soal keikhlasan kita melakukan kebaikan. Niat Ikhlas dan Nilai Ikhlas kita itu adalah Rahsia di antara kita dengan Allah. Ia hanya akan terbongkar di hadapan berbillion Anak Adam di Yaumil Mahsyar, apabila dibuat keputusan samada kita ke Syurga atau Neraka ( Jannah Walla Jahannam ).

Mengapa Ilmu Penting Untuk Mati Dalam Baik atau Buruk
Badan kita hanyalah badan tumpang. Ia akan dimamah cacing setelah ditimbus tanah. Yang menerima akibat baik dan buruk dari segala perbuatan kita adalah Ruh. Ruh akan menerima Badan Baru di Yaumil Mahsyar. Badan yang kekal dan sesuai untuk hidup selama-lamanya dalam Baik atau dalam Buruk.

Ada orang kata kita akan selamat jika kita beramal. Tetapi amalan ada standardnya, iaitu perlu mengikut tertib yang ditunjukkan Rasulullah. Malahan hidup kita perlu bertertib dan berakhlak. Jika tidak, amalan kita tidak diterima atas dasar kita ikut suka hati. Hanya dengan menuntut ilmu saja kita dapat mengenal baik, buruk, tertib dan akhlak sesama manusia.

Kenal tidak cukup kerana ia sekadar tahu tertib dan tahu akhlak. Kita perlu juga Faham Ilmu, supaya ilmu itu memberi kesan di dalam setiap amalan kita. Untuk Faham Ilmu, makanan dan tabiat kita perlu dijaga supaya tidak mengotorkan hati dan akal kita dengan kegelapan. Dari sinilah kita mulai menarik nikmat ikhlas sebagai hadiah dari Yang Maha Pengasih. Ikhlas adalah benih taqwa. Maka perlahan-lahan dalam kesabaran berputiklah bunga-bunga taqwa yang harum di dalam kehidupan yang penuh cubaan. Nescaya Akhir Kalam berkebarangkalian tinggi adalah perkataan dari mulut seorang mukmin.

Dunia Darul Asbab, di mana Hasil bermula dengan Pilihan.

Ringkasan
PILIH > HARAP > ILMU > AMAL > HALAL > FAHAM > IKHLAS > TAQWA > SABAR > MUKMIN

Buatlah pilihan yang bijak untuk Akhir Kalam yang diredhai Allah. Wawasan terbaik adalah mati sebagai seorang mukmin.

JiWa kaCau !

Korang pernah tak rasa word ni "jiwa kacau" or "chaotic soul"? memang macam bodo je rase jiwa tyme tuh! sume benda rase salah. Sakit ati je di hati! kenapa3x!! hadoii..Skng ni tengah jiwa kacau gak. ayat pon tunggang langgang. MenyammmMMpahh je rase!! kenape niiiii...huhu :(


................................................


Jika aku terasa marah, aku akan ingat perkara ini. (T.T) doa ketika marah.